Beberapa minggu ni agak sibuk sedikit dengan urusan kerja dan tak berkesempatan ke Branch Public Gold untuk collect barang pada hari bekerja. Mujur Public Gold dibuka setiap Sabtu minggu pertama dan ketiga setiap bulan jadi saya pun mengambil kesempatan semalam untuk saya selesaikan urusan yang tertangguh sekian lama.

Branch Public Gold dibuka setiap hari Sabtu minggu pertama dan ketiga setiap bulan. Waktu operasi 9pagi – 1ptg.

Hujung December lepas saya telah rebut promo FBLive Public Gold untuk goldbar. Mula-mula berfikir dua tiga kali juga nak place order – maklumlah hujung tahun ni banyak belanja ➡️ anak nak mula sekolah, perbaharui roadtax + insurans motor dan kereta. Nak bayar terus penuh memang berat hati sedikit lah. Jadi masa tu saya pun rebut peluang belian melalui kaedah Easy Payment Plan (EPP) Public Gold.

Harga belian RM3634 dengan bayaran sebanyak 4 kali. Masa tu harga Emas lebih kurang RM183/g. Dengan EPP ni cuma bayar mengikut jadual bayaran yang ditetapkan. Saya telah pun selesai bayaran April ’19 lepas. Pihak Public Gold telah pun hubungi saya untuk urusan pengambilan Emas tapi saya minta tangguh sebab saya mahu Emas 20 gram dengan design sijil yang baru (sebab design sijil lama dah ada). Jadi tak kisah tunggu lama sedikit.

Belian secara EPP December lepas

Jadi gembiranya hati dapat pegang Emas 20 gram dengan design baru . Yerlah lama dah tunggu akhirnya dapat bertemu mata 😝.

20 gram Design Baru

Tapi apa yang bestnya masa saya check balik rekod belian dengan harga hari ini bertambahlah lagi kegembiraan 😁😘. Harga jualan Emas 20 gram goldbar hari ini RM3671 🎉🎊. Beli Dec ’18 (RM3634) tak sampai setahun dah untung – July’ 19 (RM3671). Wahh ni baru item kecil dengan spread 8%. Baru saya kenapa mereka yang ada modal besar akan sambar item besar dengan spread rendah (250 gram & 1000 gram) apabila harga Emas turun.

Harga jualan hari ini RM3671

Tapi sebagai Penyimpan Emas Tegar BUKAN matlamat saya untuk keuntungan jangka masa pendek. Matlamat saya adalah untuk kumpul cukup modal untuk down-payment Aset Besar InsyaAllah. Lagi satu kalau saya jual Emas saya sekarang atas dasar keuntungan RM37 dan tanpa tujuan yang penting ➡️ dikhuatiri modal RM3634 akan hilang tanpa jejak 😅. Yerlah bila ada duit lebih di tangan, sel-sel otak pun mula berhubung dan mendatangkan ilham untuk habiskan wang 💸💸. Jadi lebih baik saya terus simpan dan tambahkan gram untuk capai matlamat Simpanan Jangka Panjang saya.

Kalau ada kawan-kawan berminat nak menyelamatkan simpanan tunai daripada BOCOR boleh contact saya. Saya akan guide sebaik mungkin sehingga anda boleh memiliki Emas mengikut modal masing-masing.

Kongsikan Artikel Ini
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •