Soalan yang biasa saya terima daripada Customer di bawah bimbingan saya : Encik Redzuan, selepas ni untuk belian GAP kena maklumkan Encik Redzuan lagi ker?

Jawapannya tidak. Untuk belian pertama GAP, saya sebagai Dealer akan uruskan pendaftaran kerana anda belum lagi menjadi Customer berdaftar Public Gold. Jadi setelah anda menjadi Customer berdaftar Public Gold (memiliki PG Code) anda boleh melakukan urusan jual dan beli sendiri. Dengan Public Gold semuanya sangat mudah kerana urusan di hujung jari jer. Walaubagaimanapun, anda masih lagi boleh contact saya untuk sebarang pertanyaan.

Jadi untuk Top Up GAP ada beberapa cara:-

1. Instant Transfer FPX – Ada dikenakan cas RM1/transaction

2. Kaedah Manual – Bank In dan Upload Slip Akaun GAP

3. Email Slip ke Branch untuk mereka uruskan penambahan GAP

#1 Log in ke Akaun Public Gold.

Gunakan PG Code sebagai Username dan Password akaun masing-masing. Selepas Log In boleh ke My GAP. Cuma Klik pada Menu > Klik MY GAP. Ada 2 pilihan web untuk semak and membuat sebarang urusan di akaun GAP. Untuk web yang terkini, boleh klik Go To New Site

Klik pada Menu

Klik pada MY GAP
Klik pada Go To New Site

#2 Buat bayaran ke Public Gold

Di MY GAP, Klik di Menu untuk buat belian/Top Up. Klik di Purhase. Buat bayaran ke akaun Public Gold seperti berikut. Sila rujuk harga semasa di website Public Gold sebelum buat belian/Top Up.

Nama Akaun: PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD
Nombor Akaun Maybank: 5571-3923-8048
Nombor Akaun Public Bank: 3167-52-0833

Klik Menu
Klik Purchase
Buat bayaran ke akaun Public Gold

#3 Upload Slip Bayaran

Klik pada Bank In dan pilih tarikh dan masa bayaran dibuat (boleh rujuk pada slip bayaran). Kemudian masukkan jumlah bayaran. Paling penting Upload Slip Bayaran dengan menekan Choose File. Pastikan slip bayaran mengandungi nombor rujukan bayaran. Setelah selesai Upload boleh tekan Place Order

Pilih Bank In dan juga masukkan maklumat transaksi bayaran
Masukkan jumlah bayaran dan upload slip bayaran. Akhir sekali Place Order

#4 Selesai

Setelah Place Order, tunggu 24 – 48 jam untuk pihak Public Gold sahkan pembelian. Sebab itu slip transaksi sangat penting. Jika tidak save slip dalam bentuk PDF boleh juga ambil gambar transaksi. Tapi pastikan nombor rujukan bayaran jelas untuk memudahkan pihak Public Gold untuk buat pengesahan bayaran.

Tahniah, setelah mulakan simpanan Emas anda telahpun menambahkan lagi Aset Fizikal anda . Insyallah saya doakan anda kaya dan berjaya dengan simpanan Emas . Jangan berhenti mencari ILMU kerana pesan Mentor saya En Mohd Zulkifli Shafie, yang membuatkan kita kaya bukan Emas tetapi ILMU.

Kongsikan Artikel Ini
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •