Sekarang ini timbul isu pelanggan Public Gold belum terima stok yang dibeli.

Permintaan Emas sejak sebulan dua ini meningkat dengan mendadak. Ramai yang terpaksa berada di Rumah dan ada lebihan wang di tangan kerana tidak dapat dibelanjakan seperti biasa – Melancong, Makan di Luar, dsb

Keadaan ini bukan kali pertama terjadi, dan pernah terjadi apabila permintaan Emas meningkat dengan mendadak. Antara factor-faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku:-

1. Permintaan terhadap Emas melebihi pengeluaran. Keadaan ekonomi terjejas kesan akibat penyebaran wabak COVID-19 membuatkan orang beralih kepada Emas, terutama pelabur.

2. PKP dan PKPB baru sahaja berakhir, jadi sektor industri baru saja dibenarkan beroperasi semula termasuklah kilang pengeluaran produk Emas. (produk non-LBMA/pengilangan tempatan).

3. Pengangkutan dan logistik. Produk LBMA (London Bullion Market Association) Public Gold dikilangkan di Turki. Isu Covid-19 ini isu global. Negara luar juga terkesan dengan penularan wabak Covid-19 ini, termasuklah negara Turki. Jadi pengeluaran dan sektor pengangkutan melibatkan produk Emas di sana juga terkesan.

4. Disebabkan PKP, masyarakat menghabiskan banyak masa di rumah – masa dipenuhi dengan mencari maklumat. Akibatnya, masyarakat menjadi lebih celik tentang kewangan dan Emas. Sekarang orang ramai mula memilih Emas lebih-lebih lagi daripada penjimatan dari moratorium selama 6 bulan. Mereka alihkan duit penjimatan kepada Emas untuk selamatkan nilai simpanan daripada jatuh akibat ketidaktentuan ekonomi, dan yang paling penting untuk selamatkan lebihan wang dari bocor. Maklumlah, belian atas talian menjadi popular akibat kebanyakan masa berada di rumah sahaja.

Cuba Pandang Situasi Ini Dari Segi Yang Positif

1. Bersyukur sebab ada syarikat baik hati macam Public Gold, bolehkan kita LOCK harga emas pada waktu harga rendah. Boleh saja syarikat tunggu stok sampai kemudian baru jual dengan harga lebih tinggi. Siap ada promosi bayar empat atau sepuluh kali.

2. Kalau tak yakin, boleh saja tunggu stok sampai kemudian baru beli. Tapi kalau masa tu harga dah naik tinggi jangan marah saya.

3. Saya kongsi sedikit tips – untuk membeli Emas, kita gunakan lebihan wang yang tidak akan digunakan dalam masa terdekat. Jadi jika Emas yang kita beli lewat diterima, kita pun tidak akan merasa gelisah kerana semua duit kita telah bekukan menjadi Emas. Boleh rujuk perkongsian daripada Mentor saya di sini.

Redzuan

Suka berkongsi Ilmu tentang simpanan Emas

Boleh rujuk tips daripada Mentor saya tentang cara untuk dapatkan stok dengan lebih cepat. Klik di sini

Kongsikan Artikel Ini
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •