Ada beberapa pelaburan Emas yang menjanjikan “pendapatan bulanan” telah mula muncul. Paling menjengkelkan ada pihak yang menyalahgunakan gambar pasukan #PGG100Network. Saya akan kongsikan kemudian tentang perkara ini jika ada yang berminat nak tahu.

Saya sekadar ingin kongsikan sedikit Ilmu daripada buku #BukuWangEmas hasil tulisan Mentor saya untuk mengelakkan anda, ahli keluarga dan kenalan anda  daripada terjerat ke dalam pelaburan yang meragukan ini. Cara untuk mengenali pelaburan Emas yang meragukan ini sangatlah mudah:-

1. Keuntungan Tidak Masuk Akal

Pesan Tuan Azizi Ali, pakar kewangan berpengalaman “Pelabur kelas dunia seperti Warren Buffet pun hanya memberi pulangan 20% -34% setahun. Jadi apabila ada seseorang yang tidak bereputasi menjanjikan keuntungan sebegitu tinggi, ia sesuatu yang boleh diragui”

2. Produk Bukan Subjek Penting

Melalui pelaburan yang ditawarkan ini, Emas tidak penting pun kerana penganjur menjanjikan pendapatan bulan-bulan. Mereka yang menyertai pelaburan ini pun tidak kisah tentang Emas kerana apa yang mereka mahukan pun adalah pendapatan bulan-bulan.

Yang paling menarik, peserta dijamin keuntungan dan keuntungan yang dijanjikan tersebut tidak langsung mengambil kira faktor pergerakan harga Emas dunia.

3.Punca Keuntungan Agak Kabur

Asas keuntungan daripada pelaburan Emas adalah kenaikan harga Emas tersebut. Kebiasaannya penganjur pelaburan ini tidak dapat menerangkan dengan jelas model pelaburan yang mereka jalankan.

Walaubagaimanapun, penganjur tak perlu besusah-payah kerana peserta pelaburan tersebut pun tidak perlu penerangan secara terperinci tentang pelaburan tersebut. Cukup sekadar janji keuntungan bulanan.

4. Kaedah Pemasaran Yang Meragukan

Kebiasaan penjual produk akan mengiklankan produk yang mereka pasarkan. Walaubagaimanapun, pelaburan seumpama ini biasanya akan menggunakan duit berlonggok-longgok sebagai modal iklan mereka. Emas yang mereka tawarkan pun kita tidak dapat lihat lihat dengan jelas produknya.

Mudaha-muidahan kita, ahli keluarga dan sahabat kita dilindungi daripada pelaburan Emas yang meragukan ini. Di dalam keadaan sekarang ini di mana ramai yang terjejas dari segi kewangan, ada pihak-pihak yang tak bertanggungjawab yang ingin menangguk di air yang keruh dengan cuba menawarkan pendapatan daripada pelaburan meragukan ini.

Keuntungan sebenar dalam pelaburan Emas pada asasnya hanya bergantung kepada kepada “Beli harga rendah, jual harga tinggi” Memang ambil masa tetapi itulah cara paling selamat. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Tips Emas :

Nak terlibat dalam pelaburan Emas perlu tahu:

1. Emas tiada pendapatan bulanan

2. Beli Emas WAJIB dapat Emas

Jika tidak seperti 2 perkara di atas, lebih baik angkat kaki

Redzuan, Master Dealer Public Gold

Suka berkongsi tentang Emas

Kongsikan Artikel Ini
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •