Sepatutnya makin lama bekerja – makin banyaklah simpanan kita. Tapi itu lah yang pelik saya dari sejak mula bekerja memang saya disiplin menyimpan sebahagian gaji CUMA penyakitnya adalah bila wang tunai terkumpul tu dah banyak maka sel-sel otak pun mula berhubung untuk menggunakan simpanan tersebut ^^’ Ini saya sedari apabila bercadang nak survey rumah ke-2, baru lah sedar simpanan di tangan tak lah seberapa pun :'( Itulah bila simpanan dalam bentuk tunai – sangat senang nak cuit.

Tapi Alhamdulillah sejak mula menyimpan Emas pada tahun 2016 (selepas 8 tahun bekerja), jumlah simpanan makin lama makin bertambah. Kagum juga bila tengok jumlah terkumpul dalam masa beberapa tahun sahaja.

Itulah pengalaman saya sendiri dan juga testimoni daripada penyimpan-penyimpan Emas di bawah bimbingan saya. Saya rasa sangat teruja dengan penambahbaikan dari segi kewangan hanya dengan mengubah cara menyimpan wang – iaitu simpan dalam bentuk Emas. Dan inilah yang memotivasikan saya untuk terus mendidik masyarakat tentang simpanan Emas melalui platform yang disediakan oleh Public Gold, iaitu syarikat (perusahaan) pengeluar Emas pelaburan (investasi) terbesar di Malaysia. Siapa beli Emas, maksudnya dia simpan duit. Bukan habiskan duit. Duit itu ditukarkan kepada bentuk yang lebih baik, iaitu Emas.

Cara Berkesan Mengekang Nafsu Boros

Memang terbukti, Emas membuatkan penyimpannya bertambah kaya. Bukan sebab harga Emas naik melambung-lambung (bahkan ada juga harga emas turun dalam jangka pendek), tetapi disebabkan NALURI kita pada emas sangat berbeza berbanding naluri kita terhadap wang kertas.

Naluri kita pada Emas; sentiasa rasa nak simpan, nak kumpul lebih banyak, dan tak nak dibelanjakan. Bila simpan Emas, tak akan terlintas dalam fikiran kita untuk berbelanja dengan Emas itu. Ajaibnya lagi bila sudah ada Emas (terutamanya emas bersaiz besar), kita mula ‘ketagih’ untuk simpan lebih banyak emas. Emas itu sangat cantik. Lagi dipandang, lagi kuat keinginan untuk beli lebih banyak Emas!

Itulah sebab kenapa ramai penyimpan Emas tak banyak simpan duit tunai, termasuk saya. Bila ada sahaja duit lebih, automatik fikir nak beli Emas. Tapi tak perlu bimbang bila kurang tunai di tangan, Emas itu pun adalah wang juga sebenarnya. Kalau nak pakai duit, boleh jual atau gadai sahaja emas itu di ar-rahnu. Kita boleh dapat duit on the spot.

Sangat berbeza dengan simpan wang tunai.

Tangan kita akan ‘gatal’ bila pegang duit banyak. Gatal untuk berbelanja. Lagi diingat duit itu, lagi kuat keinginan untuk berbelanja, dan lagi cepat duit itu habis! Naluri kita pada duit kertas memang untuk berbelanja. Bahkah wang tunai itupun sebenarnya dicipta supaya kita berbelanja! Itulah puncanya kenapa banyak orang ada masalah, “simpan sedikit-sedikit, lama-lama masih sedikit”! Kerja bertahun-tahun, tapi simpanan kecemasan 3 bulan gaji pun belum ada!

Cara Berkesan Menyimpan Wang

Kalau dah lama simpan dalam bentuk wang tunai tapi asyik tak berjaya tambahkan simpanan – jom cuba tukar cara menyimpan pulak.

Duit yang nak digunakan dalam masa terdekat dan untuk hal-hal kecemasan, simpan dalam Tabung Haji atau ASB. Bagi simpanan jangka panjang, simpan dalam bentuk emas. Tengok kesan dan perbezaanya nanti. Pasti berbeza, insyaAllah.

Bagi yang baru nak mula simpan Emas, saya boleh cadangkan mula dengan tabiat menyimpan Emas #1gram1bulan melalui #AkaunEmasGAP dulu. Itu cara paling mudah, dan paling murah untuk simpan emas yang disediakan oleh Public Gold. Disiplinkan yang itu dulu.

Saya percaya, dengan tabiat menyimpan Emas 1 gram 1 bulan, pada bulan ke-10, jumlah simpanan Emas bukan sekadar 10 gram (1 gram x 10 bulan), tetapi lebih! Ya, memang lebih. Itu feedback yang saya terima dari kebanyakkan penyimpan Emas di bawah bimbingan saya dan juga rakan-rakan Dealer Public Gold yang lain.

Mereka jadi lebih kaya bila menyimpan Emas!

Alhamdulillah.

Kongsikan Artikel Ini
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •