Penyimpan Emas fokus pada pertambahan gram Emas. Mereka ini umpama pelari marathon. Kumpul sedikit-sedikit tetapi konsisten.
Seperti pesanan Mentor saya En Mohd Zulkifli Shafie , apabila kita konsisten menyimpan ia akan membentuk TABIAT. TABIAT itulah yang membuatkan seseorang itu lebih kaya.

Harga Emas naik atau turun mereka tetap konsisten tambahkan gram Emas dengan bajet yang mereka telah tetapkan setiap bulan. Bagi mereka turun naik harga dalam jangka masa pendek itu perkara biasa.
Penyimpan Emas memaksimakan keuntungan dengan
1. Pertambahan gram Emas
Penyimpan Emas mengumpul gram secara konsisten. Jika anda mula simpan Emas 1 gram Emas dan tiada pertambahan gram Emas selepas itu, anda akan untung tetapi sangat minimum.
Sebagai contoh jika keuntungan daripada 1 gram Emas selepas 2 tahun ialah RM20/g, penyimpan tegar 1 gram Emas hanya untung RM20 berbanding mereka yang konsisten menambahkan gram setiap bulan – sebagai contoh 24 gram terkumpul selepas 2 tahun -> untung beliau adalah RM480
Bak kata pakar kewangan Malaysia, Tuan Azizi Ali “Untuk memaksimakan keuntungan dalam mana-mana pelaburan – perlu labur banyak dengan Ilmu”
2. Pemurataan harga Emas kerana belian mereka secara konsisten
Naik turun harga Emas dalam jangka masa pendek itu perkara biasa. Penyimpan Emas yang berilmu akan konsisten menambahkan gram Emas.
Jika harga Emas naik mereka akan tetap tambahkan gram Emas kerana mereka khuatir bajet yang mereka tetapkan untuk simpan Emas akan habis tanpa jejak. Apabila harga Emas turun mereka akan ambil kesempatan untuk tambah lebih gram Emas untuk merendahkan lagi purata harga gram simpanan mereka.

3. Kenaikan harga Emas dalam jangka masa panjang
Penting untuk kenal pasti posisi masing-masing sebelum memulakan simpanan / pelaburan Emas. Secara ringkas ada 3 posisi penting – Penyimpan, Pelabur dan Peniaga. Boleh rujuk di sini Setiap posisi mempunyai strategi yang berbeza.

Semoga perkongsian saya bermanfaat. Jika ada sebarang pertanyaan boleh komen atau hubungi saya.
Redzuan, Master Dealer Public Gold
Suka Berkongsi Ilmu tentang Emas