Alhamdulillah, Selasa lepas saya telah menerima berita gembira daripada pihak Public Gold. Pihak Public Gold telah memberi pengiktirafan di atas usaha konsisten saya memandaikan penyimpan-penyimpan Emas di bawah bimbingan saya. Setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan iaitu mempunyai minimum 300 penyimpan Emas di bawah bimbingan saya, saya telah pun secara rasmi diupgrade sebagai salah seorang Master Dealer Public Gold.

Tak pernah terlintas di fikiran saya akan mencapai pengiktirafan sebegini daripada pihak Public Gold. Saya hanya berkongsi tentang kebaikan simpanan Emas dengan santai-santai. Bermula dengan santai-santai dan akhirnya menjadi sesuatu yang sangat sebati dengan diri saya. Menjadi kepuasan pada diri saya apabila dapat berkongsi ilmu dengan insan lain dan membantu mereka memperbaiki keadaan kewangan masing-masing. Ucapan terima kasih daripada penyimpan Emas di bawah bimbingan saya di atas ilmu yang saya kongsikan sudah cukup untuk memberikan kepuasan di atas usaha saya yang tak seberapa ini.

Saya mula kenal Emas pada tahun 2016 iaitu selepas hampir 9 tahun saya bekerja. Sebab utama saya belajar Ilmu tentang pelaburan Emas adalah untuk mengubati kebocoran simpanan tunai. Sejak mula bekerja, saya boleh menyimpan dengan disiplin cuma apabila simpanan saya menjadi semakin banyak, perasaan untuk reward diri sangat tinggi. Akhirnya simpanan kekal sedikit.
Saya mula berkongsi Ilmu tentang Emas dengan platform Public Gold sejak tahun 2017. Bermula agak perlahan tetapi Alhamdulillah dengan adanya Public Gold 1 System (PG1S), saya dapat berkongsi Ilmu dengan lebih konsisten dan berkesan. Untuk berjaya dengan Public Gold tak wajib ada pengalaman berbisnes (Jika ada akan jadi satu kelebihan). Yang penting adalah self initiative dan sikap berdikari. Bak kata Mentor saya “Follow PG1S 100%, Success is Predictable”
Akhir sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang banyak membantu saya selama ini dalam usaha saya untuk konsisten berkongsi Ilmu dengan masyarakat di luar sana.

Terima kasih tak terhingga juga saya ucapkan kepada team #PGG100Network dan penyimpan-penyimpan Emas (termasuk Dealer-Dealer) di bawah bimbingan saya yang banyak mendoakan dan menyokong usaha saya selama ini. Insyallah saya berazam nak bimbing lebih ramai lagi penyimpan Emas dan Dealer.
Redzuan , Master Dealer Public Gold