Ada yang tidak menjadikan Emas sebagai pilihan kerana Emas tidak mendatangkan pendapatan berkala dari segi dividen atau hibah.

Walaubagaimanapun, pendapatan berkala sahaja tidak menjamin kekayaan kita bertambah apabila mengambil kira risiko inflasi dan kemerosotan matawang.

Risiko paling besar ialah, pendapatan berkala daripada instrumen kewangan lain ini bakal habis dibelanjakan daripada di’compaund’ untuk memaksimakan keuntungan jangka panjang.

Walaupun Emas bukanlah instrumen kewangan terbaik, ia mempunyai kelebihannya tersendiri.

1. Nilai Terjamin Jangka Panjang

Nilai Emas terletak pada berat dan ketulenan. Ia tidak mempunyai tarikh luput dan Emas sentiasa bernilai dalam apa bentuk sekalipun. Nilai Emas pula meningkat dalam jangka masa panjang.

Contoh paling popular ialah nilai Emas 1 Dinar (4.25 gram) boleh digunakan untuk membeli seekor kambing sejak 1400 tahun dahulu sehingga kini.

2. Senang Ditukar Kepada Tunai

Emas adalah aset fizikal yang paling mudah untuk dicairkan. Ia juga dikenali sebagai Wang Antarabangsa kerana ia merupakan wang yang tiada sempadan masa dan negara

3. Aset Mampu Milik

Aset Fizikal sangat bagus untuk simpanan jangka panjang. Nilainya meningkat dalam jangka masa panjang.

Walaubagaimanapun, bukan semua berkemampuan membeli hartanah kerana ia memerlukan modal yang besar.

Sebaliknya dengan Emas, kita boleh kumpul Emas sedikit demi sedikit dengan bajet yang rendah mengikut kemampuan masing-masing. Bajet serendah RM100 pun boleh bermula dengan Public Gold.

4. Kekayaan Di Tangan Kita

Nilai Emas berdiri dengan sendiri. Nilai Emas berdasarkan berat dan ketulenan tanpa perlu jaminan sesiapa. Jadi apabila kita simpan Emas, hakikatnya kekayaan di tangan kita.

Sebaliknya dengan wang kertas – nilainya terletak kepada jaminan kerajaan.

5. Aset Mudah Alih

Berbanding hartanah (Tanah dan Rumah), Emas adalah aset fizikal yang sangat mudah alih. Urusan menjual rumah dan tanah pula memakan masa yang panjang.

Kisah paling klasik adalah kisah keping Emas Vietnam Kim Thant yang dibawa oleh rakyat Vietnam untuk meninggalkan negara mereka sewaktu peperangan dulu.

6. Tiada Siapa Yang Tahu

Emas adalah instrumen kewangan yang tiada dalam rekod sistem kewangan. Jadi orang bankrap pun boleh menyimpan Emas.

Cuma apabila ia tiada dalam sistem kewangan, kita perlu memaklumkan kepada waris untuk memudahkan urusan waris kita apabila kita sudah tiada.

Semoga perkongsian daripada saya bermanfaat. Jemput share supaya lebih ramai dapat bermanfaat.

Kredit Info : Buku Wang Emas hasil penulisan Mentor saya.

Redzuan

Master Dealer Aktif Public Gold

Kongsikan Artikel Ini
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •