Kepada mereka yang tinggal jauh daripada Branch Public Gold atau tak berkesempatan untuk ke Branch Public Gold tak perlu risau. Public Gold telah memperkenalkan servis Gold-In-Transit (GIT). GIT ini merupakan servis pertama seumpamanya ditawarkan oleh syarikat jualan Emas di Malaysia.

#1 Hubungi Service Branch (Branch Akaun Berdaftar)

Untuk urusan GIT hubungi service Branch untuk staff bantu anda dengan urusan GIT. Maklumkan pada Branch, GIT adalah untuk item yang nak dikeluarkan daripada akaun GAP atau item yang dibeli melalui Performa Invoice. Contact Branch Public Gold boleh klik di sini.

#2 Buat Bayaran Gold Premium (Pengeluaran Daripada Akaun GAP)

Buat bayaran Gold Premium ke akaun PUBLIC GOLD MARKETING SDN. BHD.

  1. Malayan Banking Berhad (Maybank) Acc No. : 5071-3410-4563 ATAU
  2. Public Bank Berhad Acc No : 3167-52-0833

Selepas selesai bayaran boleh hantar slip bayaran ke Service Branch melalui Whatsapp ataupun email.

Whatsapp saya dengan Branch Public Gold Alor Setar untuk pengeluaran Emas fizikal daripada akaun GAP, servis GIT dan bayaran Gold Premium.

#3 Buat Pengesahan Servis GIT

Selepas Public Gold buat pengesahan bayaran Gold Premium, Branch akan buka order untuk GIT di akaun Public Gold Customer. Customer hanya perlu mengesahkan urusan GIT ini.

Mula-mula log in ke akaun Public Gold. Kemudian klik pada My Account. Klik pada My Shipment dan kemudian Klik pada urusan GIT yang baru di’request’.

Klik My Shipment > Order GIT yang baru di’request’

Sila pastikan cas bayaran adalah betul seperti yang dimaklumkan oleh Branch. Untuk rujukan cas GIT adalah seperti berikut:-

Jika gunakan servis GIT jangan keluarkan 1 keping 1 gram goldbar jer, keluarkan lebih supaya kos GIT per gram lebih rendah

Isikan maklumat alamat lengkap. Sila pastikan nombor telefon yang diisi boleh menerima SMS untuk tujuan pengesahan. TAC akan dihantar ke nombor HP yang diberikan.

Pastikan alamat dan no hp yang disikan adalah betul dan lengkap.

TAC akan dihantar ke nombor HP yang diisi. Sedikit perkongsian, cuba elakkan melakukan urusan GIT ni jam 12 malam – 6 pagi kerana adakalanya website Public Gold melakukan penyelenggaraan, jadi ada kemungkinan TAC tidak dapat dihantar.

Masukkan TAC untuk mengesahkan urusan GIT yang di’request’

#4 Buat Bayaran Untuk Cas Penghantaran

Setelah pengesahan Servis GIT, anda boleh buat bayaran untuk Cas Penghantaran. Ada 2 pilihan bayaran:-

  1. Bayaran secara Internet Banking FPX (Online Payment) . Untuk servis ini ada cas tambahan RM1
  2. Bayaran terus ke akaun PUBLIC GOLD MARKETING SDN. BHD. 

Malayan Banking Berhad (Maybank) Acc No. : 5071-3410-4563 ATAU
Public Bank Berhad Acc No : 3167-52-0833. Setelah bayaran dibuat sila upload slip atau hantar slip ke Branch Public Gold

Bayaran untuk cas penghantaran

Jadual penghantaran GIT adalah seperti berikut:

#5 Tunggu Emas Tiba Di Rumah Dengan Senyuman

Setelah Public Gold terima bayaran untuk Cas Penghantaran, Public Gold akan proses Order GIT. Sila minta Tracking Number daripada Serviard ce Branch. Anda akan terima Emas dalam masa 3-5 hari setelah selesai bayaran Cas Penghantaran. Tawaran istimewa – Public Gold akan hadiahkan Goldcard Holder (bernilai RM15) untuk setiap urusan GIT. Jadi bagi saya sangat-sangatlah berbaloi servis GIT ni – jimat masa, wang dan dapat hadiah lagi <3 <3

Selamat terima Emas saya pada 21/2/2019 setelah selesai bayaran Cas Penghantaran pada 19/2/2019.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sebarang pertanyaan boleh contact saya.

Kongsikan Artikel Ini
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •