Ramai yang nak simpan Emas, tapi takut nak simpan sendiri. Sesetengah produk Akaun Emas di bank, pula tak patuh syariah. Yang patuh syariah cuma yang ditawarkan Kuwait Finance House (KFH) dan Al Rajhi Bank. Kalau nak sewa safe deposit box pun bukan mudah untuk sesetengah tempat. Jadi masalah tempat simpan selalu jadi ‘penghalang’ untuk sesetengah orang mula menyimpan Emas. Masalah kedua, nak beli emas tapi modal kecil. Bajet cuma sekitar RM100 – RM200 sahaja sebulan.

Jadi kaedah paling mudah, murah dan patuh syariah untuk mula dan konsisten menyimpan Emas ialah melalui kaedah GAP. Akaun GAP ni macam akaun Bank tapi kita kumpul ‘gram Emas fizikal’ dalam akaun ni dan bukan tunai.

Ciri-ciri Akaun GAP Public Gold

Secara ringkasnya, dengan akaun GAP Public Gold:

  • Boleh beli emas ketulenan 999.9 dengan bajet minimum 1 gram atau serendah RM100 (~0.5 gram).
  • Simpan emas dengan Public Gold secara percuma! Tanpa had masa, tanpa had jumlah emas yang dibeli. Tiada yuran simpanan dikenakan.
  • Boleh tambah simpanan emas dengan gandaan 1 gram (atau RM100) pada bila-bila masa. Tiada sebarang syarat wajib beli dalam jumlah tertentu setiap bulan.
  • Boleh keluarkan emas fizikal (gold bar 999.9) serendah 1 gram di mana-mana 18 cawangan Public Gold seluruh Malaysia tanpa had.
  • Boleh keluarkan semua emas yang kita simpan tu pada bila-bila masa. Cuma kalau tak tinggalkan baki 1 gram, akaun GAP kita dianggap tak aktif. Bila nak aktifkan semula, Public Gold kenakan caj RM50.
  • Urusniaga 24 jam sehari, 365 hari setahun. Boleh beli secara online, dan jual pun secara online.
  • Setiap pengeluaran emas fizikal akan dikenakan caj “gold premium” sebagaimana beli emas fizikal Public Gold yang lain. Kalau tak keluarkan emas tu secara fizikal, gold premium tak dikenakan.
  • Kaedah belian ini sudah disahkan patuh syariah oleh penasihat syariah Public Gold, iaitu Amanie Advisors Sdn. Bhd.

Gold bar LBMA 1 gram Public Gold edisi standard.

Ciri-ciri dan Kelebihan Akaun Emas GAP

Sijil pengesahan patuh syariah Public Gold, ditandatangani oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar.Sijil pengesahan patuh syariah Public Gold, ditandatangani oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar.

Kelebihan Akaun GAP

Berikut adalah Antara Kelebihan Akaun GAP

#1 – Dapat Kumpul Emas Sedikit-Sedikit

#2 – Boleh mula Dengan Modal yang sangat minimum iaitu RM100 jer

#3 – Kos simpanan berinsurans PERCUMA

#4 – Tiada yuran  ahli

#5 –Tiada had limit untuk simpan

#6 – Boleh tambah gram secara online

#7 – Boleh jual Emas secara online

#8 – Boleh guna gram Emas untuk shopping di PGMall

#9 – Boleh keluarkan Emas Fizikal serendah 1 gram

#10 – Boleh pilih nak keluarkan Dinar atau Jongkong Emas

#11 – Boleh buka akaun GAP untuk anak kecil sejak mereka mempunyai sijil lahir

Siapa Yang Boleh Manfaatkan GAP?

GAP ini sangat bermanfaat bagi sesiapa yang:

  1. Nak mulakan simpanan Emas, tapi bajet kecil.
  2. Nak simpan Emas, tapi risau nak simpan sendiri.
  3. Nak beli Emas Public Gold, tapi menetap di overseas atau tinggal di tempat yang jauh dari pejabat Public Gold.
  4. Nak beli Emas secara konsisten dengan bajet sekitar RM100 – RM200 sebulan. Mungkin boleh jadi alternatif simpanan masa depan anak-anak dengan bajet RM100 – RM200 sebulan setiap anak.

Cara Membeli Emas Dengan GAP

Bagi siapa nak beli GAP untuk KALI PERTAMA, ini langkahnya:

#1 – Masukkan Duit Ke Akaun Public Gold

Masukkan / transfer duit ke akaun PG mengikut harga per gram di www.publicgold.com.my. Kalau harga 1 gram hari ini RM186, maka masukkan duit genap-genap RM186. Kalau nak beli 2 gram, masukkan terus RM372 (RM186 x 2 gram). Boleh juga buat belian minimum RM100. Tetapi saya syorkan lebih baik genapkan mengikut gram.

Harga GAP disemak sekali sehari setiap jam 12.00 malam.

Masukkan / transfer duit ke mana-mana akaun atas nama “PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD” seperti berikut:

  • 5571 3923 8048 (Maybank)
  • 3167 52 0833 (Public Bank)

#2 – Wassap Maklumat Pembelian

Wassap slip bayaran dan maklumat berikut kepada saya 019-2284724 .

  1. Nama Penuh
  2. IC
  3. No Telefon
  4. Email
  5. Pekerjaan
  6. Introducer : PG00102474

KALAU ANDA TAK PAKAI WASSAP, emailkan slip bayaran ke gap@publicgold.com.my bersama dengan maklumat pembelian. Kalau anda nak letak saya sebagai introducer, cc kan email tu kepada mrardd@gmail.com supaya senang saya bantu kalau ada apa-apa yang perlu follow-up dengan Public Gold nanti.

Kalau anda baru pertama kali beli emas Public Gold, pastikan letak nama saya sebagai introducer kalau mahukan bimbingan peribadi daripada saya. Penting letak introducer supaya dealer boleh bantu permudahkan urusan (secara percuma) kalau-kalau ada apa-apa yang perlu follow-up dengan Public Gold.

Untuk letak nama saya sebagai INTRODUCER, kod saya PG00102474, Mohammad Redzuan bin Abdul Rahman. Tak perlu minta izin pun tak apa. Lepas pembelian, boleh wassap kepada saya +6019-2284724 sebagai makluman dan untuk saya guide

#3 – Semak GAP Statement

Tunggu PG emailkan “username” untuk login website. GAP Statement boleh disemak dalam masa 2 HARI BEKERJA di web www.publicgold.com.my. Kalau tak terima juga email tu lepas semak dalam SPAMBOX, beritahu saya untuk saya follow up dengan PG.

Ini contoh GAP Web Statement yang boleh disemak di website Public Gold. Lepas belian, Public Gold akan berikan Username. Lepas dapat username, gunakan no. IC 12 digit sebagai Password. Kalau nak reset password, pergi ke website Public Gold > Login > Forgot Password.

#4 – Pengeluaran Emas Fizikal

Emas tu boleh disimpan dengan Public Gold sampai bila-bila masa tanpa sebarang caj (ianya percuma). Kalau nak simpan sendiri, boleh keluarkan Emas fizikal pada bila-bila masa.

Untuk keluarkan Emas fizikal, datang sahaja ke mana-mana cawangan Public Gold, tunjuk I/C, dan bayar caj premium atas setiap keping emas tu. Boleh pilih sebarang item Emas samada dalam bentuk GOLD BAR atau DINAR, asalkan cukup baki gram yang ada dalam akaun GAP tu. Tapi sebelum datang, pastikan call dulu office Public Gold untuk mereka simpankan stok / item yang kita nak tu.

Antara item gold bar yang boleh dipilih bila nak buat pengeluaran nanti. Item yang boleh dipilih gold bar 1 gram (pelbagai design), 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram, dan 250 gram.Antara item gold bar yang boleh dipilih bila nak buat pengeluaran nanti. Item yang boleh dipilih gold bar 1 gram (pelbagai design), 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram, dan 250 gram.

Boleh juga keluarkan dalam bentuk dinar; 1/2 dinar, 1 dinar, 5 dinar, dan 10 dinar. 1 dinar beratnya 4.25 gram.

Terkini Goldbar Edisi BungaMas dan Tai Fook juga boleh dikeluarkan dalam bentuk 10 gram, 20 gram, 50 gram dan 100 gram.

Boleh juga pilih pelbagai design gold bar 1 gram. Public Gold sentiasa keluarkan design yang baru dari semasa ke semasa. Untuk lihat design terkini emas Public Gold, KLIK DI SINI.

Ini senarai caj premium atas setiap keping emas fizikal yang dikeluarkan. Cajnya mengikut setiap item yang dikeluarkan, bukan mengikut gram. Dulu, caj premium ini dinamakan “Transportation Cost”. Ia kos penghantaran ke cawangan terdekat dengan kita untuk setiap keping emas / silver yang kita beli.

Berdasarkan caj dalam jadual di atas, kalau keluarkan gold bar 1 gram sebanyak 5 keping, maka cajnya RM10 x 5 keping = RM50. Kalau keluarkan gold bar 5 gram sekeping, maka cajnya cuma RM10 x 1 keping = RM10. Lagi besar saiz item yang dipilih, caj premium lebih murah.

Minimum perlu kekalkan dalam akaun GAP sebanyak 1 gram utk kekalkan akaun GAP aktif. Nak keluarkan semua pun boleh. Cuma paling baik tinggalkan 1 gram dalam akaun GAP tu supaya akaun kekal aktif. Kalau keluarkan semua, akaun tu tak aktif. Bila nak buat belian lagi, PG akan caj activation fee RM50.

Inilah penerangan secara ringkas tentang belian Emas secara GAP. Kalau ada persoalan lanjut, boleh contact saya 019-2284724 (call/wassap/sms). InsyaAllah saya boleh guide.

Wassalam.

Kongsikan Artikel Ini
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •