Semalam ada perkongsian di FB Public Gold International Bhd. Saya kongsikan sedikit nota yang sempat saya ambil buat rujukan. Sebab boleh rugi beli Emas:-

1. Tiada pembimbing/mentor. Hanya mengikut orang dan kurang memahami risiko dalam pelaburan Emas.

2. Terlibat dalam skim cepat miskin. Asas pelaburan Emas ada beli Emas dapat Emas. Bukan beli Emas dapat pulangan berkala – mingguan, bulanan atau tahunan.

3. Beli jenis emas dan tempat yang salah. Harga yang murah sahaja tidak dapat menjanjikan keuntungan maksima apabila menyimpan Emas. Perlu pastikan Emas yang dibeli memenuhi pakej Emas pelaburan terbaik

4. Tak tahu tentang susut nilai. Spread ini penting untuk menentukan keuntungan daripada pelaburan Emas kita. Kebanyakan tempat tidak akan terangkan dengan jelas tentang spread semasa kita membeli Emas tersebut.

Public Gold sangat telus dalam penetapan % spread produk

5. Gadai Emas tanpa ilmu. Ada yang salah faham bahawa gadaian Emas sebagai tempat untuk cairkan Emas dan digunakan untuk melabur atau untuk bersuka-ria. Sebenarnya gadaian merupakan pinjaman bercagar dan paling penting perlu ada perancangan untuk tebus Emas tersebut.

6. Tiada tujuan spesifik beli Emas untuk apa. Tanpa matlamat yang jelas, biasanya pelaburan Emas tersebut akan ‘stagnant’ dan gram Emas akan kekal seperti belian pertama.

Secara rumusannya, berdasarkan sebab-sebab di atas ; pucuk pangkalnya adalah Ilmu. Tatkala kita ghairah nak melabur dengan modal yang ada – kita sering lupa untuk melabur dalam Ilmu tentang sesuatu instrument kewangan tersebut. Jangan lupa sesuatu perkara penting iaitu dalam pelaburan, yang confirm adalah Rugi. Dengan Ilmu yang betul insyallah kita mampu menguruskan risiko dalam pelaburan dan menjana keuntungan.

Redzuan

Dealer Aktif Public Gold

Kongsikan Artikel Ini
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •