Emas dalam akaun GAP (Gold Accumulation Program) boleh digadai atau di’Arrahnukan’ tanpa perlu keluarkan Emas tersebut dari akaun GAP pun. 

Kemudahan ini sangat bagus kerana kita tidak perlu keluar pun dari rumah untuk urusan gadaian. Wang pula dimasukkan ke dalam akaun bank kita. Itulah sebabnya orang selalu cakap ‘Ada Emas Ada Duit’. Untuk gadai Emas dalam akaun GAP sangatlah mudah. Hanya 2 steps sahaja:

Langkah 1

Setelah Log In ke Akaun GAP. Cuma klik pada Arrahnu

Langkah 2

Masukkan kuantiti Emas yang hendak digadai dan klik Request

Selepas itu staf Public Gold pun ada contact untuk confirmkan request untuk Ar-Rahnukan Emas GAP. Lepas saya ‘confirm’ kan staf pun terus proses urusan Ar-Rahnu. Lepas tu slip Arrahnu pun dikeluarkan (rujuk di gambar)

Slip Arrahnu

Bestnya dengan akaun GAP Public Gold ni, boleh Ar-Rahnu Emas GAP tanpa perlu ke branch Public Gold pun. Semua urusan di hujung jari jer. Cuma tunggu wang masuk akaun bank jer . Jimat masa, jimat wang (tak perlu drive, bayar parking) dan sangatlah mudah 

Wang dimasukkan ke dalam akaun bank berdaftar

Inilah salah satu kelebihan Emas berbanding instrumen kewangan lain. Emas sangat mudah dicairkan. Boleh jual atau Ar-Rahnukan jika perlukan tunai. Bila ada wang boleh tebus semula dan of course kenalah ada plan untuk tebus.

Dengan 10 gram jumlah pinjam 70% daripada nilai 10 gram 👉🏻 RM1470. Upah simpan 1%/bulan daripada nilai Marhum ie RM21/bulan

Sedikit INFO tentang GAP Ar-Rahnu

➡️ Nilai Marhun = Harga GAP Semasa x gram
➡️ Nilai pinjaman = 70% daripada Nilai Marhun
➡️ Upah Simpan = 1% daripada Nilai Marhun / sebulan
➡️ Minima gram untuk gadaian: 1 gram.
➡️ Tempoh kontrak: 6 bulan + sambung 2 bulan.

Semoga perkongsian saya ini bermanfaat

Redzuan

Kongsikan Artikel Ini
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •