Pertama kali mendapat anugerah daripada Public Gold

Terima kasih saya ucapkan kepada semua penyimpan Emas di bawah bimbingan saya. Anugerah Club 100 ini diberikan kepada Dealer Public Gold yang berjaya mengenalkan dan membimbing sekurang-kurangnya 100 penyimpan Emas baru dalam masa setahun Public Gold Financial Year (April ’18 – March ’19).

Pertama sekali, pencapaian ini adalah berkat sokongan dan doa semua terutamanya keluarga tersayang, semua mentor, rakan-rakan Dealer , penyimpan Emas di bawah bimbingan saya dan staf-staf Public Gold terutama dari cawangan Alor Setar. Tanpa anda semua saya tak berpeluang naik ke pentas Annual Recognition Night 2019 (ARN2019) .

Pentas ARN2019. Memang lain feel bila berpeluang naik pentas ini.

Tak pernah saya bayangkan berpeluang naik ke pentas seumpama ini untuk menerima sebarang ‘recognition’ ➡️ maklumlah saya hanya berkongsi tentang kebaikan simpanan Emas dan pengurusan kewangan secara suka-suka dan santai jer. Tapi Alhamdulillah perkongsian ILMU yang tak seberapa ini dapat memberi manfaat kepada rakan-rakan semua

Group Photo dengan penerima anugerah Club 100 yang lain

Sedikit perkongsian pengalaman peribadi – saya MULA kenal tentang simpanan Emas pada 2016, TAPI kesilapan yang saya lakukan adalah hanya mengikut orang dan tidak bermula dengan ILMU. Betul pesan Mentor saya En Mohd Zulkifli Shafie, bukan Emas yang membuatkan seseorang itu kaya, tapi ILMU. Emas hanyalah salah satu alat untuk mencapai matlamat simpanan. Saya MULA bergelar Dealer Public Gold pada April 2017. Bermula dengan ‘zero knowledge’ tapi dengan sistem PG1S yang disediakan oleh Public Gold ➡️ saya dapat memperkayakan diri dengan ILMU yang bermanfaat – bukan sahaja busines related tapi yang lebih berharga ialah ‘Self Enrichment Knowledge’ 

Doakan agar saya dapat teruskan kerja mulia ini untuk menyebarkan ilmu yang bermanfaat dan membantu lebih ramai lagi sahabat jauh dan dekat membuat simpanan Emas dan menjana income bersama PG Group, Insyaallah

Bergambar bersama Founder Public Gold Dato’ Wira Louis Ng
Kongsikan Artikel Ini
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •