Semalam En Syukor Hashim ada berkongsi tentang analisis harga Emas 2020 di FB beliau. Perkongsian tersebut sangat menarik jadi saya ingin kongsikan dengan kawan-kawan semua.

Kepada sesiapa yang tidak mengenali En Syukor Hashim, beliau merupakan Ikon Emas Malaysia. Beliau telah membimbing ribuan penyimpan Emas sejak tahun 2008. Beliau juga penulis beberapa buah buku berkaitan dengan Emas antaranya – Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas dan Analisis Teknikal Harga Emas.

Berpeluang bergambar dengan En Syukor Hashim dalam satu latihan anjuran Public Gold
Trending harga Emas untuk 6 bulan tahun ini

Harga Emas terus naik sepanjang tahun 2020 ini. Pada bulan 3, harga Emas menjunam tetapi hanya pada jangka masa yang sangat singkat. Pada masa tersebut Covid-19 menjadi isu yang sangat besar dan menakutkan.

Impaknya bukan hanya pada Emas, tetapi juga pada instrumen kewangan yang lain.

Sepanjang 6 bulan 2020, prestasi Emas adalah 20.82%

Kenaikan 20.82% untuk 6 bulan sangat tinggi jika kita bandingkan dengan istrumen kewangan lain. Potensi untuk terus naik sangat tinggi.

Trending harga Perak untuk tahun 2020

Harga Perak agak mendatar pada tahun 2020 ini. Harga sebelum dan selepas jatuh adalah mendatar disebabkan Perak sangat berkait dengan industri. Disebabkan banyak industri terjejas dengan penularan wabak Covid-19, harga Perak juga terkesan.

Walaubagaimanapun, jangka pandang rendah kepada potensi Perak. Sebaik sahaja sektor industri mula pulih – harga Perak akan melonjak. Jadi sekarang ini adalah peluang yang baik untuk membeli Perak.

Ketika jatuh di bulan March, harga pada masa tersebut sekitar USD12/Oz

Perak mempunyai potensi yang sangat besar. Jadi Perak sangat sesuai untuk ‘diversify’ selain Emas dalam portfolio anda.

Faktor-Faktor Yang Akan Mempengaruhi Harga Emas Tahun 2020

1. Wabak Covid-19

Covid-19 ini adalah masalah global, bukan hanya Amerika sahaja terjejas. Amerika telah membuka ekonomi mereka 2 minggu yang lepas. Ini menyebabkan mereka berisiko menghadapai gelombang kedua penyebaran wabak Covid-19 kerana ekonomi dibuka terlalu awal.

2. Peningkatan Kadar Pengangguran

Kesan wabak Covid-19 kepada ekonomi Amerika

Ekonomi Amerika sangat terjejas dengan Covid-19 ini. Tuntutan akibat pengangguran meningkat dengan sangat mendadak dan kadar peningkatan ini tidak pernah berlaku sebelum ini di Amerika.

Apabila berlaku pengangguran – keadaan ekonomi menjadi kurang memberangsangkan dan ini akan menyebabkan pelabur-pelabur akan beralih kepada aset selamat.

3. Gelombang ke-2 Covid-19 di Amerika

Sehari kes Covid-19 di Amerika sekitar 45 ribu kes. Sekiranya penularan ini tidak dapat dikawal di sana, besar kemungkinan Amerika terpaksa menutup kembali ekonomi mereka bagi mengawal penularan wabak Covid-19 ini.

Jika ini berlaku ia akan menjejaskan ekonomi negara Amerika dan secara tidak langsung menyebabkan kenaikan harga Emas.

4. Potensi Kenaikan Inflasi Akibat Cetakan Wang

Amerika terpaksa mencetak duit untuk mengatasi pengucupan ekonomi

Cetakan wang yang sangat banyak akan menyebabkan peningkatan inflasi dalam jangka masa panjang. Inflasi akan menyebabkan kenaikan harga Emas dan Perak.

5. Perang Perdagangan Amerika

Ketegangan perdagangan Antara Amerika dan Kesatuan Eropah, United Kingdom dan China

Ketegangan antara Amerika dan pihak lain akan menyebabkan pasaran saham terjejas. Potensi Emas dan Perak untuk naik sangat tinggi di atas faktor ini.

6. Pilihanraya Amerika

Ada kemungkinan menjangkakan Donald Trump berkemungkinan akan kalah dalam pilihanraya akan datang. Sekiranya berlaku pertukaran Presiden, pasaran saham akan terjejas. Pelabur-pelabur tidak suka akan ‘Uncertainty” dan ini akan menyebabkan pelabur akan beralih kepada ‘Aset Selamat’

Uncertainty

Tahun 2020 ini penuh dengan ketidaktentuan. Uncertainty akan menyebakan pasaran saham terjejas dan ini akan menyebabkan pelabur beralih kepada ‘Aset Selamat’

Tujuan Menyimpan Emas

1. Emas Sebagai Insurans Kekayaan

Emas sesuai dijadikan insurans kekayaan. 10-20% sebagai insurans sahaja.

Emas tidak semata-mata untuk pelaburan. Sekiranya apa-apa berlaku kepada sistem matawang – Emas dan Perak akan menjadi pelindung nilai. Emas adalah matawang yang diterima di seluruh dunia.

2. Duit kertas jatuh nilai dalam jangka masa panjang

Nilai duit kertas jatuh dalam jangka masa panjang

Nilai matawang akan jatuh dalam jangka masa panjang disebabkan inflasi. Ini faktor utama wang perlu dilaburkan. Emas jika disimpan sahaja pun (tanpa ilmu pelaburan) sudah memadai untuk mengatasi Inflasi.

Kepada mereka yang memilih Emas sebagai pelaburan – jika nak maksimakan untung, perlu labur dalam jumlah yang besar. Jumlah dicadangkan sekitar 50% ke atas.

Untuk tonton rakaman FBLive ini boleh tonton di bawah. Terima kasih tak terhingga saya ucapkan kepada En Syukor Hashim di atas perkongsian yang bermanfaat ini.

FBlive: special promo Jun 2020 oleh Syukor Hashim (26/6/2020)

Posted by Syukor Hashim & Jonaina Nordin on Khamis, 25 Jun 2020
FBLive 26 Jun 2020

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Promosi menarik sempena FBLive ini boleh rujuk sini

Redzuan

Dealer Aktif Public Gold

Kongsikan Artikel Ini
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •