Saya bermula menyimpan Emas sejak 2016. Ketika bermula menyimpan Emas dulu hanya mengikut kawan jer. Takde kajian ala-ala buat PHD pun masa bermula masa tu . Ada sedikit rasa menyesal juga sebab tak kaji mendalam dulu sebelum masa bermula dulu. TAPI bila fikir-fikirkan semula rasanya mungkin saya masih tak bermula kalau masih mengkaji. Tapi selepas pegang Emas pertama saya, barulah saya mula mengkaji. Tapi kajian saya lebih mudah sebab susah bermula. Saya sudah ada ‘Benchmark’ harga, faham dah tentang spread etc.

Betul seperti pesanan Mentor saya En Mohd Zulkifli Shafie dalam bukunya Wang Emas : Bertahan Ketika Gawat ➡ cara terbaik utk mulakan simpanan Emas ialah dengan memulakan dengan gram yang pertama. Dapatkan pengalaman pertama membeli Emas dan dapatkan feel memiliki Emas sendiri. Jangan fikir buat untung lagi. Untung akan datang kemudian apabila sudah ada ilmu dan pengalaman nanti

Bila nak beli Emas, harga murah sahaja bukan ciri yang di’consider’, tapi kita kena pastikan Emas yang kita beli lengkap dari segi ‘PAKEJ’, at least 5 kriteria sebagaimana artikel Mentor kesayangan saya “5 Kriteria Penting Memilih Emas Pelaburan”. Saya kongsi sedikit perkongsian oleh Mentor saya dalam Blog beliau di bawah ni

Selain harga ada juga faktor lain yang perlu di’consider’

Berikut adalah kelebihan Emas Public Gold:

#1 – Harga Lebih Murah dan Bebas GST!

Asas simpanan Emas adalah ‘Buy Low, Sell High’. Jadi sebagai penyimpan Emas kita mahukan harga terendah ;). Harga emas Public Gold lebih murah berbanding harga kedai emas dan lebih murah berbanding harga kebanyakkan pengeluar emas lain. Sebab apa yer?

Public Gold menggunakan strategi jualan terus (direct marketing) tanpa perlu mempunyai Kedai Emas yang memerlukan kos operasi yang tinggi (pekerja, insurans, sewa bulanan, etc). Jadi penjimatan oleh Public Gold sama-sama dikongsi dengan customer. Bila harga lebih murah, kita boleh dapat lebih banyak Emas dengan bajet yang sama.

Boleh cuba bandingkan harga Emas Public Gold dengan harga Emas di pasaran. Secara umumnya, saya boleh katakan emas Public Gold antara yang termurah di pasaran. Bila tanya dengan penjual pastikan tanya tentang

a. TOTAL harga – sebab ada sesetengah tempat mengenakan cas upah di atas belian Emas Pelabuaran (Goldbar & Dinar)

b. Emas 999.9 – ada tempat yang menjual Emas yang lebih rendah ketulenan, jadi harga nampak lebih murah 

Salah satu sebab saya memilih Public Gold adalah Emas keluaran Public Gold yang berstatus London Bullion Market Association (LBMA) tidak dikenakan GST. 6% GST dikira agak tinggi contohnya pada belian RM10,000 GST yang dikenakan adalah RM600 – banyak tu RM600. Tapi  sekarang ini setelah GST dimansuhkan tiada lagi isu GST ini. 

#2 – Kadar Spread Terendah Di Pasaran

Spread (atau selalu diistilahkan sebagai “susut nilai”) adalah kriteria paling penting kalau nak dapat untung maksimum dalam pelaburan emas.  Spread emas Public Gold cuma 5% – 9% sahaja, bergantung kepada jenis item yang kita pilih. Kadar spread ini antara yang terendah di pasaran

Susut nilai gold bar 250 gram cuma 6%. Kalau barga emas naik 10%, dah untung at least 4%.

Senarai spread emas Public Gold. Spread berbeza mengikut item. Lebih besar saiz item Emas, lebih rendah / nipis kadar spreadnya. Maksudnya, item lebih besar lebih cepat untung bila berlaku kenaikan harga Emas.

Kalau jadi Dealer Public Gold, lagilah jimat. Dengan rebat yang Public Gold bayar, kita boleh rendahkan susut nilai sebenar sebanyak 1.3% (Normal Dealer), 1.8% (Priority Dealer) dan 2.3% (Master Dealer).

Contohnya, kalau Priority Dealer beli gold bar 250 gram (susut nilai 6%), susut nilai sebenar cuma 4.2% (6% – 1.8% rebat). Maksudnya, kalau harga emas naik 6% pun dah untung 1.8%! Tak perlu tunggu lama-lama untuk ambil untung. Itulah kelebihan menjadi Dealer. Tak semestinya menjadi Dealer perlu aktif berbisnes. Sebagai ‘Gold Saver’ pun untung menjadi Dealer.

#3 – Stok Tiada Had

Kalau harga Emas menjunam berapa banyak sekalipun, kita boleh beli seberapa banyak yang kita mahu. Public Gold tidak ada hold stock . Harga produk Public Gold pula di’update’ setiap 20 mint mengikut harga Emas dunia. Jadi sebagai customer kita boleh manfaatkan peluang sekiranya harga Emas jatuh mendadak untuk ‘Borong’ Emas. 

Sesetengah Syarikat/Bank, bila harga menjunam, barang terus out of stock. Jadi harga murah pun tak dapat dimanfaatkan oleh customer.  Jadi, pelabur Emas (Investor) akan rugi peluang beli emas pada harga murah. 

#4 – Banyak Cawangan Seluruh Malaysia

Urusan jual beli emas Public Gold senang sebab banyak cawangan seluruh Malaysia. Sekarang ini, Public Gold ada lebih 18 cawangan termasuk satu di Singapura dan satu di Jakarta (Indonesia). Setiap negeri ada cawangan Public Gold (kecuali Perlis). Jadi kita tak terlalu bergantung kepada dealer. Urusniaga pun lebih selamat dan terjamin.

Cawangan seluruh Malaysia.  Senang beli, senang Jual.

Biasanya kalau nak beli Emas mana-mana syarikat memang senang, tapi bila nak jual balik tu yang agak bermasalah kalau cawangan tak banyak.  Kalau emas Public Gold urusan menjual sangatlah senang CUMA pergi ke cawangan Public Gold terdekat. Public Gold akan bayar jualan Emas ke akaun Bank berdaftar.

#5 – Jaminan Beli Balik Walaupun Rosak

Public Gold jamin beli balik emas dengan harga yang tinggi (rujuk harga “PG Buy” di website) walaupun Emas tu calar, kemek, bengkok, hilang resit dsb asalkan berat masih kekal. Kalau hilang sijil ketulenan, Public Gold cuma tolak RM10 jer atas setiap item. Orang yang simpan Emas Public Gold lebih peace of mind.

Untuk Emas Public Gold yang non-LBMA (versi lama), tak perlu risau Emas calar atau lekuk. Janji berat masih kekal. Public Gold jamin beli balik mengikut harga PG Buy di website.

Untuk Emas jenis LBMA (versi baru) begini, kalau sarung plastik atau sealnya rosak, spread hanya 10%. Berbanding kebanyakkan pengeluar mengenakan potongan harga 25%.

Sesetengah syarikat bukan sahaja Emas tu calar, bahkan kalau hilang resit asal dan seal (sarung plastiknya) rosak pun dah jatuh nilai yang sangat banyak. Kalau hilang resit, harga dah lain. Kalau buka sarung plastik, dia akan tolak at least 25%. Ia dikira sebagai “used gold” atau “Emas terpakai”. Kalau Emas tu calar, kemek atau bengkok, tak payah cerita lah…

#6 – Diterima Meluas Oleh Ar-Rahnu

Emas Public Gold paling diterima meluas oleh ar-rahnu di Malaysia. Jadi kalau nak pakai duit untuk rolling, boleh pajak jer Emas Public Gold untuk dapatkan pinjaman bercagarkan Emas. Kemudahan pajakan ni penting terutamanya bagi mereka yang berniaga.

Emas Public Gold boleh dikatakan diterima hampir semua institusi ar-rahnu termasuk dua ar-rahnu terbesar di Malaysia iaitu Pos Ar-Rahnu, dan Ar-Rahnu Bank Rakyat. Yang lebih menarik, terdapat 4 ar-rahnu yang terima gadaian emas Public Gold tanpa perlu buka sarung plastik untuk uji ketulenan iaitu:

  1. Pos Ar-Rahnu (anak syarikat Pos Malaysia)
  2. Ar-Rahn Permodalan Kelantan Berhad (PKB)
  3. Ar-Rahnu Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor (KPMNJ)
  4. Ar-Rahnu Koperasi Dagang Emas (KDE)

Ar-rahnu lain yang juga terima gadaian emas Public Gold (tetapi disyaratkan potong sarung plastik untuk diuji ketulenan) ialah Ar-Rahnu Bank Rakyat, Ar-Rahnu Exchange, Ar-Rahnu Koperasi Tentera, dan Ar-Rahnu Ekspress.

Antara ar-rahnu ternama yang terima pajakan emas Public Gold.

#7 – Sistem Booking Harga 24 jam Sehari

Harga Emas Public Gold dikemaskini setiap 20 minit mengikut “real-time” harga Emas dunia. Kita boleh booking harga untuk BELI atau untuk JUAL 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Kalau harga menjunam tengah malam, kita boleh book harga rendah walaupun keesokan paginya harga dah naik balik. Kalau harga Emas dunia naik mencanak, kita boleh booking harga JUAL yang tinggi walaupun harga dah turun balik waktu kita serahkan Emas di pejabat Public Gold.

Jadi kalau nak beli, kita tak perlu gopoh datang ke office Public Gold. Book dulu harga Belian, buat bayaran dalam tempoh 4 hari, dan datang ambil Emas pada bila-bila masa kita free (selewatnya 2 bulan). Harga beli tetap “fixed” ikut harga kita booking tu. Nak jual balik pun sama. Book dulu harga Jualan, dan serahkan Emas tu dalam tempoh 1 hari bekerja. Tak perlu gopoh untuk datang office Public Gold semata-mata nak “tangkap” harga terbaik.

harga emas kitcoHarga emas Public Gold disemak setiap 20 minit mengikut “real-time” harga emas dunia www.kitco.com

Lagi menarik, sekarang Public Gold dah ada kaedah belian yang dinamakan Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program). Kita boleh beli secara online 24 jam sehari dan simpan dengan Public Gold secara percuma tanpa sebarang caj. Kalau nak keluarkan Emas fizikal dan simpan sendiri, kita boleh keluarkan pada bila-bila masa di mana-mana cawangan Public Gold. Kalau nak jual pun, boleh jual secara online untuk Emas yang ada dalam akaun.

#8 – Keupayaan Beli Balik Jumlah Besar

Banyak syarikat boleh jual Emas, tapi tak banyak syarikat yang mampu beli balik terutamanya dalam jumlah yang besar. Ini akan jadi masalah kepada pelabur Emas (Investor).

Sejak Public Gold mula beroperasi tahun 2008, belum ada isu Public Gold tak mampu beli balik. Dah banyak kali harga Emas mencanak naik, Public Gold dapat beli balik masa harga mahal dengan nilaian jutaan ringgit sehari. Public Gold pernah beli balik dalam jumlah RM8 juta sehari dan tiada sebarang masalah dari sudut pembayaran! Ada syarikat lain yang bila pembeli jual balik RM100,000 pun dah bermasalah untuk bayar sekaligus! Inikan pula jutaan ringgit sehari.

Jualan balik emas Public Gold secara besar-besaran oleh Ustaz Khairul Anuar tanpa sebarang masalah dari sudut pembayaran daripada Public Gold.

#9 – Emas Disertakan Sijil Ketulenan

Setiap gold bar dan dinar keluaran Public Gold disertakan sekali sijil ketulenan yang disahkan oleh assayer bebas. Jadi tak perlu risau tentang ketulenan Emas Public Gold. Sejak 2008 lagi, tak pernah timbul apa-apa isu tentang ketulenan bahkan hari ni, ianya diterima meluas oleh ar-rahnu di Malaysia. 

Gold bar 5 gram Public Gold. Setiap keping emas disertakan sijil ketulenan yang disahkan oleh assayer bebas. Bagi emas LBMA, sijil ketulenan dilekatkan terus pada bahagian belakang emas.

#10 – Tiada Yuran Keahlian

Untuk menyimpan Emas Public Gold tak perlu jadi ahli bagai. Tiada minimum belian wajib atau yuran tahun pula lepas tu. Kalau beli Emas dalam jumlah tertentu yang ditetapkan Public Gold, anda secara AUTOMATIK jadi Dealer Public Gold secara PERCUMA! Tak ada yuran sebenar untuk jadi dealer sebagaimana sesetengah syarikat kenakan yuran HANGUS tertentu contoh RM1,000 untuk layak jadi Dealer. Tapi Public Gold hakikatnya percuma sahaja. Kalau beli Emas hari ini pada jumlah yang  melayakkan menjadi Dealer, dan jual semua keesokannya, anda tetap jadi Dealer Public Gold dan layak dapat REBAT untuk belian KEDUA dan seterusnya walaupun cuma beli sekeping coin 1 dinar.

Untuk kelebihan menjadi Dealer boleh rujuk Blog Mentor saya : 6 kelebihan utama sebagai dealer emas Public Gold. Anda boleh pilih samada menjadi Dealer Public Gold yang aktif dan menjana pendapatan lumayan sebagai Dealer, atau sekadar untuk dapat rebat atas belian sendiri.

Kalau nak beli untuk simpanan sendiri pun, saya syorkan buat belian yang melayakkan jadi dealer (kalau cukup bajet) sebab boleh dapat REBAT belian 1% (Normal Dealer), dan 1.5% (Priority Dealer). Selain Rebat Belian, Public Gold akan bayar rebat 0.3% bila kita jual balik emas tu. Maksudnya bila jadi Dealer, kita boleh jimat susut nilai sebanyak 1.3% atau 1.8% bergantung tahap dealership.

#11 – Jual Beli Emas Patuh Syariah

Terbaru, Public Gold telahpun mendapatan sijil patuh syariah oleh panel syariah Public Gold iaitu Datuk Dr Mohd Daud Bakar. Beliau adalah Pengerusi Majlis Penasihat Shariah untuk Bank Negara Malaysia. Jadi pembeli emas Public Gold boleh beli Emas dengan penuh yakin dan tak perlu risau tentang hukum jual beli Emas bersama Public Gold. Ianya telahpun disahkan oleh pakar mualamat yang ternama di dunia.

Sijil pengesahan patuh syariah untuk pembelian secara Outright Purchase, Easy Payment Purchase (EPP) dan Buyback.

Sijil pengesahan patuh syariah untuk pembelian secara Outright Purchase, Easy Payment Purchase (EPP) dan Buyback.

 

Bagi yang berminat membeli Emas Public Gold, DAFTAR dulu secara PERCUMA sebagai “registered customer” Public Gold. KLIK DI SINI untuk berdaftar di website Public Gold. Kalau ada apa-apa persoalan, wassap saya pada bila-bila masa di +6019 228 4724 (Redzuan). Saya merupakan Dealer AktifPublic Gold yang aktif sejak 2017.

[Kredit Blog Jutawanemas.Com dan mohdzulkifli.com/]

Kongsikan Artikel Ini
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •